Tuesday, June 30, 2009

Anniversary 1 Year

Alhamdulillah tanggal 28 June 2009 tarikh keramat bg kami suami isteri ...
Terima kasih abang kerana menjadi suami yang terbaik pada ayang & terima kasih juga kerana sama2 menjaga zaira qismiyyah . U`re the best HUBBY & BABA to us ... :)
Love u sayang ...
Semoga hubungan suami isteri ini akan terjalin dgn lebih baik & hebat selama2nya ....

Cukur Jambul Zaira

Alhamdulillah, kenduri cukur jambul bg kedua2 belah selamat dijalankan .
Terima kasih2 pada semua saudara mara bg kedua2 belah pihak :) .
Pertolongan kalian tidak dapat dibalas :) .

Ketika cukur jambaul dijalankan, zaira dalam keadaan yang amat baik , biasa la anak UMI .. hehehehe ....
Tidak buat perangai lansung ... Yang penting zaira amat comel, ramai memuji anakku .. Terima kasih semua ... Terima kasih atas kurniaan ALLAH .
*Pics zaira akan di update later*

Tuesday, June 23, 2009

Fadhilat Rejab

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka.Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka.

Thursday, June 18, 2009

Pagi semalam, aku menghantar zaira ke klinik tedong. Alhamdulillah, zaira sudah cukup 2 bulan . Sudah tiba masanya, anakku diberi injection .
Nurse minta aku membuka pakaian zaira utk menimbang badannya .
Nak tau berapa berat bdn yer apabila masuk 2 bulan ... 5.3KG ... Fuyooo... Anak umi sihat walafiat ...
Semasa diberi injection, zaira tido plak ... Nurse minta dibgnkan,... Punya la payah aku nak kejutkan anakku ini .
Akhirnya,matanya dibuka jua apabila nurse masukkan 2 titisan cecair ubat .
Perghhh, tak dapat aku bygkan apabila zaira di beri injection ... Dia yer nangis...nyaring gilerrr..... hehehehehe....
Tapi sekejap jer anak umi ni nangis...biasala pujuk2 & bg susu bdn ... terus diam..hehehehhe...
Apabila selesai , aku hantarla zaira ke rumah pengasuhnya IBU ZABEDAH...hehehehe

Ptg tue lewat sikit aku jemput anakku, kul 7.10ptg baru sampai, clear kan back log keje la katakan .... Memang sah bdn zaira panas seperti nurse bgtau pagi tue ...
Balik terus aku bg ubat & susu & zaira pun tido tp tido nya tidak berapa selesa seperti biasa .
Nama pun tak sihat...biasala kan...
Baba pun mcm biasa la melayan & berckp dgn zaira. Zaira ni suka org melayan ckp .. Seronok gak bila berckp gan zaira...ada feedback tau .. siap senyum mcm kerang busuk lagi,....Tapi Zaira tetap COMEL seperti Umi & Baba nya ...hahahahhaha...

Tuesday, June 16, 2009

hari pertama

Semalam bermulanya kehidupan baru..hehehhehee...
Aku dah mula bekerja & myya dihantar ke rumah org jagaan .
Ibu angkatnya ZABEDAH ... Muda gak org dalam 26 tahun ....
Myya bgn pagi sgt...mcm dirinya tahu yang dia akan dihantar ke rumah org ...
ALhamdulillah, myya tak buat apa2 perangai masa hantarnya ....

Kul 6.30 ptg, aku sampai kat umah zabedah...
Masa tue zabedah ckp ZAIRA tidur... Bila aku sampai kat buaian yang zaira tido ...alih2 dia bgn...
Zaira mcm tahu UMI nya dah sampai utk menjemputnya ...
Zaira tersenyum tgk kelibatku...
So cute....

Zabedah bagitau...zaira tak buat apa2 perangai... GOOD GIRL...
Tgk la umi nya...hehehehehe ..

Alhamdulillah.......aku puashati dgn jagaan zabedah pada anakku di hari pertama ....

Monday, June 1, 2009

Baby Pics






























Inilah gambar2 buah hatiku .
Sejak Myya dilahirkan sehingga gambar terbaru .
Ikut muka sapa erk? Baba or Umi? hehehehe...































































Perkahwinan 280608























Inilah saat2 manis yang tidak dapat ku lupakan sehingga ke akhir hayatku.
Sah menjadi isteri kepada Mohd Izaffizam pada 28062008 .
Pada hari persandinganku, aku memilih tema OREN . Erm, itulah pilihan warnalu dari kecil .
Doakan kebahagiaan kami .AMIN.....





















































My Baby


As`kum..

Ini lah cinta hati kami suami isteri . Bayiku ini diberi nama ZAIRA QISMIYYAH .

Dilahirkan pada 16 April 2009 . Berat semasa kelahiran 3.45 kg / 49cm .