Monday, July 20, 2009

My Birthday

Salam...
Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH .
Harini, genap umurku meningkat ke 27 tahun... eh,eh...cam ak cayer jer...hahahaha

Anyway, abg thanks for the wishes last night ... cam kelakar jer, siap menyanyi ... tak pernah abg nyanyi birthday song utk ayang...hahahaha...

Doa kan kesejahteraan hidupku ...

HAPPY BIRTHDAY ZAIMATUL AKMAR ... MAY ALLAH BLESS U ALL DA TIME ...

Thursday, July 16, 2009

Latest pic zaira









Pic yer dibotakkan...cute














































Zaira Genap 3 Bulan 16.07.09

















Arini,zaira mcm excited bgn .. Yer la nak g klinik jumpa nurse2 yg comel kat Klinik Tedong...

Zaira cukup 3 bulan, perubahan terbaru zaira skrg nie isap ibu jari yer ...

Zaira bergambar dgn nurse Cik Mazlina, nurse nie paling peramah & I suka dgn nie ...

Arini,zaira dicucuk kali ke2...tangisan yer okla kalo nak dibanding bulan lepas...Umi tau anak umi ni kuat..hehehehe..

Nak tau berapa berat yer ... 6.1kg..perhhh.. makin semangat zaira...

Alhamdulillah...Anak umi sihat & dlm keadaan baik....

Birthday Hubby 28 Years *15 July*

Ni last year yer pics...Masa celebrate my hubby yer birthday ke 27 tahun.. Masa tue baru kawin, wat suprise ckit . Tanpa pengetahuan hubby, I deal gan adik ipar I Daus & best friend hubby Ijan. Malam tue celebrate kat IKAN BAKAR KASSim ... Tapi pic tue takde ar...Ni pic yang celebrate kat umah .. Tima kasih pada sepupu2 kecik hubby I yang sudi celebrate sekali .. hehehehehe ...
Ni ler sepupu2 Hubby I *Iman/Dayah/Huda &kecik ni lupa plak namaya*hehehe

Peh...tengokla, inai masih dijari tau ... hehehehe *










Tiup bang..Jgn tak tiup ...hahahahha





Senyuman yang penuh kegembiraan...Yerla,wife yer yg belikan .. hehehe
Tikam jer la bang..hahaha
Kek harijadi ke 27 tahun *2008*
Semalam genap my hubby 28 years...Makin meningkat umur suamiku yang tersayang .... hehehehe...
Tahun ni lain ckit la, coz ada beza ... ye la celebrate gan wife & son ...
Anyway, HAPPY BIRTHDAY SAYANG .. May Allah Bless U All Da`Time ...
Ayang & Zaira Luv U Alwizzzz....
Seronok ketika nie, act birthday hubby & I same months... Ni ala2 celebrate sekali la ...
Suka plak baby I...yerla potong kek gan babayer ...

Tiup lilin gan Zaira... Suka sgt time tue...
Siap posing tau zaira nie ... Ikut Umi yer la suka posing ... hehehehe
Chocolate cake 28 tahun ...




Cukur Jambul Zaira


Oh ya..Anakku dah lama buat cukur jambul . Alhamdulillah ada rezeki lebih ckit , buat 2 kenduri kat melaka & ampang .
Lambat ckit update coz baru jer upload gambar2 dari hp . Tapi nie jela 1 pic yer ...
Pic lain akan diuplaod later .. tunggu mamat bg ....

Wednesday, July 8, 2009

Novel Tangkap Nangis

Engkau Terbaik Untukku
Pagi tadi aku buka email..ada email dari abang..bacalah kalian, aku sampai menangis baca benda ni.
" Aslina, sudah berapa tahun awak berkahwin, " tanya Sybil, guru Bahasa Inggeris berbangsa Cina."Emm..sudah masuk tahun ketujuh, kenapa ? " Saya menjawab dan berbalas tanya pula."Awak hati-hati. Biasanya, ramai pasangan yang berpisah pada usia keenam dan ketujuh perkahwinan mereka." Katanya sinis tanda mengusik."Alamak Sybil, cuba awak rasa mulut awak, "saran saya tiba-tiba. "Why?"Sybil tertanya-tanya."Kalau masin mulut awak tu, susahlah saya." Sybil menyambut dengan ketawa.Gurauan ada kalanya tersirat kebenaran. Berapa ramai pasangan suami isteri hari ini yang bercerai di usia perkahwinan yang masih muda. Mereka menyatakan semuanya Takdir Tuhan, berpisah lantaran tiada lagi persefahaman. Ikatan suci yang bermula dengan kasih dan cinta, berakhir dengan sengketa dan buruk sangka.
SUATU PERJALANAN
"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan." Teringat pesan ayah di suatu petang."Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud :Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka: 1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah 2. Kamu kufurkan kebaikan suami.'Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.
YANG LEBIH, YANG KURANG
“ Awak beruntung ye Ina, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa, " luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata." Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata." Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana. Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ' memandang tinggi ' kehadiran seorang suami.
ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
" Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi."Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, " Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini. "Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. Jumpa lagi, Insya Allah.

Wednesday, July 1, 2009

Kenangan lama


*Wif ex-officemate TMPPJ*
Gah rasa2 boring ni.. saya view back my wedding pics ... Teringat zaman perkahwinan,seronok plak rasanya ... hehehehehe.... Apa2pun terima kasih pada semua yang hadir ... Pada semua saudara bg kedua belah pihak juga kami ucapkan terima kasih atas pertolongan & bantuan kalian ....

*Wif My Beloved Sharifs Family*

*Wif My Hubby Friends*



*Wif Ust Kadir & Mona*


*Sesi pernikahan*









*Wif Aunty Rozy Family*

1st time

Nak dijadikan cerita semalam ... hahahahahha
Semalam, saya tidak hantar zaira ke rumah bedah psl my hubby minta zaira stay dulu coz zaira masih tido . So, rasa lega gak la coz lewat gak bgn semalam . So takde la terkejar2,hehehehe..
Cerita ini tidak akan kulupa .. pasal - sepanjang zaira dilahirkan didunia ini,hehehehe... BABA yer tak pernah membasuh berak zaira .
Seperti diceritakan oleh my hubby - semasa zaira dalam buaian, zaira dok merengek . Masa tue my hubby rasa pampers zaira mcm penuh . My hubby pikir sebelum hantar kat umah bedah nak tukarkan . Dengan semangat waja my hubby , bawala zaira ke dalam bilik utk menukarkan pampernya . Alih2 apabila dibukanya - nak tau???!! Dah penuh tutttttt*najis(dalam kata lain BERAK)*.... Terbeliak la bijik mata my hubby & dgn bawanya yang menyayat hati .. Yang buat my hubby tak tahan lagi dgn gelagat my pricess LADY ZAIRA tersenyum & tersengih dgn selambanya pada BABA nya . hahahahaha...
Nak taknak, babanya kena la basuh punggung zaira kat bilik air dgn menahan hidung...hahahaha *1ST time la katakan* ....
Agaknya, zaira rasa seronok kot BABAnya yang mengendalikan dirinya. Lansung tak menangis bila my hubby gah membersihkan zaira hanya tersenyum jer ...
Lepas my hubby siap pakaikan pampers zaira- Zaira hanya senyum & sambil agah2 gan BABAnya ... So CUTE ... I can imagine zaira face & her smile ...
My hubby cerita pada saya dgn penuh semangat *eleh...nak tunjuk pandai ar tue *
Pasni, boleh la sayang bersihkan zaira lagi yer ... hehehehehehe ...
Anyway, thanks baba - being a good baba to zaira ...